fb fb fb fb fb

Trump bertanggungjawab dalam serangan di bangunan Capitol-Pence

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 12 Mac-Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence berkata sejarah bakal membuktikan peranan yang dimainkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam penglibatannya ketika berlakunya serangan di bangunan Capitol pada 2021.

Teguran Pence yang lantang itu hadir ketika dia memberikan ucapan sempena majlis makan malam tahunan Gridiron disini sabtu lalu.

Kenyataan itu dilihat menambahkan lagi perbalahan antara kedua-dua rakan seperjuangan yang bertelagah selepas Pence enggan menuruti usaha Trump bagi membatalkan keputusan pilihan raya pada 2020 dan kekal berkuasa.

Ketika kejadian, Pence berada di Capitol apabila penyokong Trump menceroboh bangunan berkenaan dalam usaha menghalang Kongres daripada mengesahkan keputusan pilihan raya yang menyaksikan Trump tewas kepada Joe Biden.

"Presiden Trump melakukan kesilapan. Saya tidak ada hak untuk membatalkan pilihan raya dan kata-katanya yang dikeluarkan secara melulu membahayakan keluarga saya dan semua orang di Capitol pada hari itu", katanya.

Sebelum ini, telah menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden dalam pilihan raya 2024, dan Pence menyatakan kemungkinan mencabarnya untuk pencalonan Republikan.

Pence yang jarang-jarang memperkatakan insiden tersebut dilihat meningkatkan kritikannya terhadap Trump dan perusuh yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Kenyataan pedas Pence yang ditujukan kepada Trump pada malam gala itu adalah sesuatu yang di luar jangkaan.-AFP


(Bekas Presiden AS, Donald Trump bersama bekas Naib Presiden, Mike Pence
/Foto AFP)

Media Baharu