fb fb fb fb fb

Iran kekal hukuman mati terhadap Penyelidik Sweden

(FOTO www.bbc.com)

TEHRAN, 12 Mac-Kerajaan Iran mengekalkan hukuman mati bagi seorang warga Iran-Sweden yang dituduh mengintip bagi pihak Israel.

Memetik sumber ft.com.Iran turut dilaporkan menolak tawaran pertukaran tahanan dengan seorang pegawai Iran yang sedang dibicarakan di Stockholm.

Jurucakap badan kehakiman Iran, Zabihollah Khodaeian berkata Ahmadreza Djalali, seorang penyelidik perubatan bencana berusia 51 tahun yang ditahan pada 2016 dituduh memindahkan maklumat sulit kepada perkhidmatan perisikan Israel, Mossad.

Maklumat sulit itu termasuk butiran lengkap berkaitan Saintis nuklear Iran yang dipercayai telah dibunuh oleh Mossad.

"Ahmadreza dijatuhi hukuman mati atas pelbagai pertuduhan. Hukuman telah dimuktamadkan dan menjadi agenda pegawai kehakiman bagi melaksanakannya", kata Zabihollah kepada pemberita.

Laporan sebelum ini menyatakan hukuman gantung terhadap Ahmadreza bakal dilaksanakan pada bulan Mei depan.

Zabiollah berkata kerajaan Iran masih lagi sangsi dengan keputusan kerajaan Sweden yang menganugerahkan kerakyatan Sweden kepada Ahmadreza ketika dalam penjara.

Katanya lagi, tindakan tersebut adalah bermotifkan politik semata-mata.

Sementara itu, peguam bela Ahmadreza berkata pihaknya akan menggunakan saluran diplomatik bagi menyelamatkan nyawa anak guamannya itu.

"Keputusan hukuman mati adalah muktamad, namun hubungan diplomatik antara Iran dan Sweden mampu mengubah keputusan", katanya.

Iran sebelum ini dilaporkan telah menahan kira-kira 13 warga asing atas tuduhan mengancam keselamatan negara itu.-ft.com


(Ratusan aktivis di Sweden membantah hukuman mati Iran terhadap Ahmadreza Djalali
/Foto www.brusselstimes.com)

Media Baharu