fb fb fb fb fb

Tentera Israel tembak mati tiga penduduk Palestin

(FOTO AFP)

NABLUS, 12 Mac-Tentera Israel menembak mati tiga penduduk Palestin yang bersenjata selepas mendakwa mangsa melepaskan tembakan terhadap pasukan tentera berkenaan.

Menurut pasukan tentera Israel, mangsa didakwa terlebih dahulu melepaskan tembakan kepada pasukan tentera yang berada di barat Nablus.

"Tiga lelaki bersenjata berjaya dibunuh, manakala seorang lagi penyerang telah menyerah diri kepada pasukan", kata tentera dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menyebut tiada anggota tentera Israel mengalami kecederaan dalam pertempuran terbabit.

Insiden itu berlaku tidak jauh daripada penempatan haram Israel, dengan ketua majlis peneroka Samaria, Yossi Dagan memuji pihak tentera Israel kerana "mengusir "skuad pengganas pembunuh" yang beroperasi di kawasan itu.

"Kami akan terus tinggal dan membina penempatan di sini di Samaria dan seluruh Palestin".

"Keganasan Palestin tidak akan menghalang kami," kata Yossi Dagan lagi.

Keganasan yang semakin meningkat, bertambah buruk di Tebing Barat sejak Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kembali memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, Kementerian kesihatan Palestin berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kematian tiga lelaki itu tanpa butiran lanjut.

Konflik yang berlaku sejak awal tahun ini telah meragut nyawa 81 orang dewasa dan kanak-kanak Palestin, termasuk pejuang dan orang awam.-AFP


(seorang remaja Palestin yang berbasikal melalui lukisan grafiti kumpulan pejuang bersenjata
Deen Lion/Foto AFP)

Media Baharu