fb fb fb fb fb

Tentera India lapor serangan terbaharu Pakistan di sempadan

Tentera India melakukan rondaan di pasar di Srinagar/ AFP

NEW DELHI, 10 Mei – Tentera India pada Sabtu melaporkan serangan terbaharu dari Pakistan, di sepanjang sempadan barat negara itu, ketika konflik antara dua negara kuasa nuklear tersebut semakin memuncak.

“Pakistan secara terang-terangan terus meningkatkan ketegangan melalui serangan dron dan peluru lain di sepanjang sempadan barat,” menurut kenyataan rasmi tentera India di platform X.

Wartawan AFP di Srinagar, ibu kota wilayah Kashmir yang ditadbir India, turut melaporkan letupan kuat di kawasan tersebut, menunjukkan peningkatan aktiviti ketenteraan.

Tentera India turut memaklumkan bahawa beberapa dron musuh telah dikesan di ruang udara kawasan tentera di Amritsar, Punjab yang bersempadan dengan Kashmir.

“Dron tersebut telah dikesan dan dimusnahkan serta-merta oleh unit pertahanan udara kami,” tambah kenyataan itu.-AFP

ROSLINA BINTI DIN