fb fb fb fb fb

6 maut dalam taufan Cyclone di Peru

(FOTO AFP)

LIMA, 12 Mac-Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut di Peru selepas taufan Cyclone membadai ratusan rumah di utara negara Amerika Selatan itu.

Memetik sumber theguardian.com, kerajaan Peru telah mengisytiharkan darurat dan berusaha menyalurkan bantuan kepada beberapa wilayah terjejas seperti Lambayeque, Piura dan Tumbes.

Institut Pertahanan Awam Negara (INDECI) dalam satu kenyataan berkata banjir yang disebabkan oleh Cyclone telah meragut enam nyawa setakat ini.

Dalam pada itu, INDECI turut menyatakan kira-kira 58 orang telah terbunuh sejak permulaan musim hujan.

Peru yang kini berada dalam keadaan tidak stabil menyaksikan protes antikerajaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas Kongres negara itu menggulingkan bekas Presiden, Pedro Castillo.

Penggantinya,Dina Boluarte telah melawat sebahagian kawasan terjejas di utara Peru pada Sabtu bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan-theguardian.com


(Beberapa wilayah di utara Peru dilanda hujan lebat akibat taufan Cyclone/Foto AFP)

Media Baharu