fb fb fb fb fb

Kes keracunan makanan pelajar sekolah Iran, lebih 100 ditahan

FOTO REUTERS

TEHRAN, 12 Mac-Kerajaan Iran menahan lebih 100 orang yang mempunyai kaitan dengan suspek keracunan makanan pelajar sekolah lapor agensi berita tempatan IRNA.

Memetik laporan Cnn.com, Kementerian Dalam Negeri Iran dalam satu kenyataan memaklumkan lebih 100 orang dikenalpasti telah ditahan dan disiasat di beberapa buah bandar seluruh Iran termasuk Tehran.

"Siasatan awal menunjukkan beberapa tahanan dikatakan menggunakan bahan beracun sebagai perbuatan 'nakal' untuk ponteng dan pihak berkuasa telah memberi amaran kepada mereka", kata Kementerian Dalam Negeri Iran.

Kerajaan Iran menyaksikan kejadian keracunan makanan dalam kalangan pelajar sekolah perempuan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Ahli politik Iran menuduh kejadian tersebut sebagai percubaan kumpulan ekstrimis Islam menjadikan pelajar wanita sebagai sasaran utama dalam menjatuhkan kerajaan Iran.

Sementara itu, aktivis berpandangan kejadian keracunan itu mempunyai kaitan dengan protes antikerajaan yang telah lama meletus sejak September tahun lalu berpunca daripada kematian Mahsa Amini di dalam tahanan pihak berkuasa Iran.

Kebanyakan penyokong antikerajaan terdiri daripada pelajar perempuan yang turut aktif menyatakan sokongan melalui pelanggaran kod pemakaian selain bertindak mengoyakkan gambar serta mencaci pemimpin agung, Ayatollah.
Khomenei.

Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei pada Isnin menggesa penguatkuasa undang-undang untuk menahan dalang di sebalik insiden itu dan berikrar untuk memberikan hukuman maksimum kepada pelaku.

Lebih 700 pelajar di lebih 30 sekolah di seluruh Iran menjadi mangsa kes keracunan misteri sejak 30 November 2022 selepas kes pertama dilaporkan di wilayah Qom-bbc.com.


(Antara mangsa yang menerima rawatan hospital selepas keracunan di Tehran, Iran
/Foto REUTERS)

Media Baharu