fb fb fb fb fb

Dasar kadar kelahiran Jepun dibiayai oleh bon kerajaan

TOKYO, 12 Mac- Jepun berusaha untuk mengatasi penurunan kadar kelahiran negara itu dengan menggandakan bajet bagi pelaksanaan dasar berkaitan kanak-kanak.

Perkara itu mungkin boleh menggunakan bon kerajaan, kata seorang penggubal undang-undang parti pemerintah dalam program televisyen yang disiarkan pada Ahad.


"Saya fikir adalah munasabah untuk mempertimbangkan untuk menutupnya menggunakan bon kerajaan," kata ahli parlimen Parti Liberal Demokratik (LDP) Hiroshige Seko dalam sebuah di BS TV Tokyo.

Ia mengenai dasar kerajaan untuk mengambil langkah "belum pernah dismbil sebelum ini" bagi menangani penurunan kadar kelahiran Jepun.

Seko, kini setiausaha agung LDP berkata, perlu ada perbincangan untuk membiayai polisi itu dengan bon kerajaan, cukai, skim insurans atau gabungan sumber yang berbeza.

Bagaimanapun, pembiayaan melalui bon kerajaan pengeluaran "harus dibenarkan."

(Foto hiasan)

Menurut rekod rasmi, kelahiran di Jepun menjunam ke paras terendah baru di bawah 800,000 pada 2022.

Pada Januari, Perdana Menteri Fumio Kishida berjanji untuk menangani penurunan kadar kelahiran negara dengan mengemukakan rancangan untuk menggandakan bajet bagi dasar berkaitan kanak-kanak menjelang Jun.

Seko turut bersuara bagi menentang mengetatkan dasar monetari ultra longgar semasa Jepun.

"Kadar faedah mungkin akan meningkat secara semula jadi, jika kita boleh mencapai matlamat harga 2% secara mampan dan kenaikan gaji selaras dengan itu," kata bekas menteri ekonomi itu, sambil menambah beliau menentang pengetatan tersebut apabila inflasi 2% belum dicapai.

Bank of Japan (BOJ) mengekalkan kadar faedah sangat rendah pada Jumaat menjelang peralihan kepimpinan pada April.

Gabenor yang bakal dilantik Kazuo Ueda telah menyuarakan seruan gabenor semasa Haruhiko Kuroda untuk mengekalkan dasar yang sangat longgar, namun beliau mempunyai idea tentang cara untuk keluar dari kadar rendah.- REUTERS

Media Baharu