fb fb fb fb fb

Terkandas di Turkiye ibarat mimpi buruk- Twala

(FOTO AFP)

ANKARA,12 Mac-Seorang lelaki warga Afrika Selatan, Siyabonga Twala yang terkandas di Turkiye selama dua bulan selepas dilarang menaiki penerbangan ke Britain menyambut hari lahir ke-34 di Ankara, sebuah lokasi yang jauh daripada anak lelaki dan keluarganya.

Twala yang memegang kewarganegaraan Afrika Selatan, dan telah menetap di United Kingdom sejak 2004 dan mempunyai anak lelaki warganegara Britain.

Pada 29 Disember tahun lalu, dia dan ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke Britain selepas percutian di Afrika Selatan menaiki apabila dia diusir daripada menaiki pesawat di Istanbul.

"Para petugas membawa saya keluar dan berkata mereka tidak boleh membenarkan saya menaiki penerbangan pulang ke London. itu sahaja yang diberitahu kepada saya", kata Twala ketika ditemui Reuters di sebuah hotel disini.

Menurut Twala lagi, dia tidak melihat perintah pengusiran itu berkaitan sabitan memiliki ganja dan hukuman penjara yang dijalaninya selama 4 setengah tahun pada 2018.

Sikap prejudis yang dilakukan oleh petugas penerbangan di Istanbul itu turut dibantah oleh abang Twala, Honor Twala.

"Adalah tidak berperikemanusiaan hanya kerana satu kesilapan,maka itu memberi anda hak bagi mengubah hidup mereka," katanya ketika dihubungi Reuters.

Anak lelakinya, Mason yang berusia sembilan tahun turut terkejut apabila mengetahui bapanya itu tidak dapat menaiki penerbangan pulang.

Menurut Twala, keputusan tersebut seolah-olah sebagai hukuman buatnya dan berasakan dunianya telah berakhir.

"Ketika itu, saya berasakan dunia saya telah berakhir. Seolah-olah saya telah melakukan jenayah lain", katanya.

Tambah Twala, dia telah berusaha melakukan rayuan bagi dihantar pulang namun, dia diberitahu oleh pihak berkuasa yang dia tidak akan dihantar pulang.

Ketika ini, Twala berkata dia sedang membuat rayuan melalui Kementerian Dalam Negeri Turkiye bagi membatalkan keputusan pengusiran tersebut.

Lelaki itu juga turut ke Kedutaan British di Ankara bagi menyelesaikan masalahnya, namun rayuannya ditolak dan diberitahu dia telah meninggalkan Britain secara sukarela.

Kebimbangannya kini adalah berkaitan sumber kewangan bagi menyewa hotel yang semakin susut dan keselamatan dirinya susulan gempa bumi yang melanda Turkiye baru-baru ini.

Twala turut menjelaskan pengalamannya terkandas di Turkiye ibarat mimpi buruk yang perlu dihadapinya.

"Saya diibarat seperti berada dalam mimpi dan saya kini bersendirian di kawasan yang asing", katanya mengakhiri perbualan-REUTERS


(Siyabonga menunjukkan gambar anak lelakinya, Mason Twala/Foto REUTERS)

Media Baharu