fb fb fb fb fb

Parlimen China lulus pelantikan anggota kabinet baharu

FOTO AFP

BEIJING, 13 Mac- Parlimen China pada Ahad meluluskan senarai anggota kabinet yang diusulkan Perdana Menteri baharu, Li Qiang.

Mereka termasuk empat Naib Perdana Menteri.

Parlimen itu turut meluluskan beberapa pelantikan penting dengan langkah yang tidak dijangka yang menjurus ke arah menangani cabaran ekonomi di dalam dan luar negara.

Gabenor bank pusat dan menteri kewangan dikekalkan walaupun kedua-dua mereka Yi Gang, dan Liu Kun, telah mencapai umur persaraan rasmi 65 tahun.

Kerajaan China menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi 2023 sekitar 5 peratus, meningkat daripada 3 peratus tahun lepas, yang merupakan antara prestasi paling lemah dalam beberapa dekad.

Terdahulu, Presiden China, Xi Jinping dilantik sebagai presiden bagi penggal ketiga pada Jumaat sekali gus menjadikannya sebagai pemimpin paling berkuasa di negara itu.

Pelantikan tersebut dibuat oleh Parlimen China selepas pemimpin itu dilantik sebagai ketua Parti Komunis China (CCP) Oktober lalu.

Sabtu lalu, Parlimen China mengesahkan Li Qiang dilantik sebagai Perdana Menteri baharu dengan tugas utama menguruskan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Pelantikan bekas Ketua Parti Komunis Shanghai itu dibuat bagi menggantikan Perdana Menteri sebelum ini, Li Keqiang yang menyandang jawatan selama dua penggal.- AFP


(Presiden China, Xi Jinping/AFP)

Media Baharu