fb fb fb fb fb

Hutan di India terbakar, punca cuaca panas

FOTO AFP

GOA, 13 Mac - Keadaan cuaca di India yang terlalu panas ketika ini mengakibatkan kebakaran hutan berlaku di bahagian utara dan barat negara itu.

Antara yang terjejas Pusat Perlindungan Hidupan Liar Mhadei di barat bandar Goa, yang terbakar pada Sabtu.

Menurut pihak berkuasa, hutan berkenaan terbakar buat kali ketiga pada Sabtu sehingga memaksa pihak berkuasa menghantar helikopter untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

Sementara itu, bandar Tehri utara turut menyaksikan kebakaran hutan pada hari sama.

Menurut laporan daripada Institut Pengurusan Bencana Negara, India kehilangan purata sejuta hektar akibat kebakaran setiap tahun.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu