fb fb fb fb fb

Pekerja kesihatan lancar mogok, tuntut hak dilunaskan

FOTO AFP

ENGLAND, 13 Mac- Ribuan penduduk berdemonstrasi di London sebagai solidariti dengan pekerja penjagaan kesihatan.

Demonstrasi melibatkan pekerja Perkhidmatan Kesihatan Negara (SOS NHS) itu menuntut kerajaan melaksanakan kenaikan gaji yang adil untuk pekerja penjagaan kesihatan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Mereka menyuarakan sokongan kepada pekerja penjagaan kesihatan sambil membawa sepanduk: "Tamatkan krisis NHS" dan "Kakitangan NHS berhak mendapat gaji yang adil".

Ahli Parlimen parti pembangkang turut menyertai bantahan itu bersama doktor, jururawat dan wakil daripada kesatuan sekerja.

Doktor muda di England akan memulakan mogok selama tiga hari bermula hari ini susulan pertikaian berterusan mengenai kenaikan gaji.

Setiausaha Kesihatan, Steve Barclay mengumumkan pada Sabtu bahawa beliau menggesa kesatuan doktor muda mengadakan perbincangan.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu