fb fb fb fb fb

10 maut ditembak dalam bar di Mexico

(FOTO HIASAN)

APASEO EL GRANDE, 13 Mac- Sepuluh orang ditembak mati dan lima lagi cedera dalam serangan di sebuah bar di Guanajuato Mexico.

Serangan berlaku selepas pukul 11.00 malam waktu tempatan pada Sabtu di bar "El Estadio", apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk dan melepaskan tembakan ke arah pelanggan dan pekerja bar di sepanjang lebuh raya yang menghubungkan bandar Celaya dan Queretaro.

Jumlah kematian setakat ini ialah tujuh lelaki dan tiga wanita, kata pegawai.

Guanajuato, kawasan perindustrian yang makmur dan hub kepada beberapa destinasi pelancongan paling popular di Mexico, telah menjadi negeri paling ‘berdarah’ di negara itu.

Dua kartel, Santa Rosa de Lima dan Jalisco Nueva Generacion, sedang bertempur dalam ‘peperangan’ yang membawa maut di negeri itu.

Kedua-dua kartel itu diketahui menjalankan aktiviti pengedaran dadah dan pencurian bahan api.-AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu