fb fb fb fb fb

Pengusiran rakyat Palestin langgar undang-undang antarabangsa - Menteri Slovenia

Foto AFP

AMMAN, 3 Februari- Menteri Luar dan Hal Ehwal Eropah Slovenia, Tanja Fajon, menegaskan bahawa pengusiran paksa rakyat Palestin dan pengilhakan haram Tebing Barat adalah sesuatu yang amat tidak boleh diterima.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Fajon menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha pengusiran paksa rakyat Palestin ke Jordan atau Mesir.

Beliau juga menganggap pengusiran paksa Palestin sebagai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Kenyataan itu dibuat oleh Fajon selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Jordan, Ayman Safadi di Amman, sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi beliau ke negara tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM