fb fb fb fb fb

Israel bunuh 50 penduduk, musnahkan bangunan di Tebing Barat

Foto AFP

JENIN, 3 Februari- Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 50 penduduk di Tebing Barat melalui operasi yang berlangsung lebih dari dua minggu.

Menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), pihaknya turut memusnahkan beberapa bangunan di Jenin.

"Tentera telah memusnahkan 23 bangunan dalam operasi tersebut," menurut kenyataan IDF.

Seorang wartawan AFP melaporkan bahawa asap tebal menyelubungi langit selepas letupan berlaku di kawasan tersebut.

Agen berita rasmi Palestin, WAFA, berkata pasukan Israel telah meletupkan kira-kira 20 bangunan di bahagian timur kem pelarian Jenin.

"Letupan itu didengari di seluruh bandar Jenin dan di beberapa bandar berhampiran," menurut WAFA.

Kementerian Luar Palestin mengutuk tindakan Israel itu.

"Ia (serangan Israel) satu tindakan yang kejam," menurut kenyataan kementerian terbabit. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM