HYDERABAD, 10 Mei - Sebuah bendera India dan patung Perdana Menteri India, Narendra Modi dibakar semasa satu tunjuk perasaan di Pakistan pada Jumaat.
Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh gerakan Islamis, Sunni Tehreek.
Tunjuk perasaan itu berlangsung ketika ketegangan terus memuncak antara Pakistan dan India selepas India melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan yang disifatkannya sebagai “infrastruktur pengganas” di wilayah Pakistan pada Rabu, 7 Mei.
Serangan itu merupakan tindakan balas susulan serangan maut terhadap pelancong beragama Hindu di Kashmir, India, bulan lalu.
Pakistan menafikan dakwaan India bahawa negara itu terlibat dalam serangan ke atas pelancong berkenaan.
Sejak insiden tersebut, kedua-dua negara telah berbalas tembakan merentasi sempadan serta melancarkan dron dan peluru berpandu ke ruang udara masing-masing.-REUTERS