fb fb fb fb fb

Trump berang, ugut saman penulis buku kontroversi

Donald Trump/ Foto AFP

WASHINGTON, 26 Februari- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berang dengan penerbitan sebuah buku kontroversi yang melibatkan dirinya.

Trump mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis buku dan media yang menerbitkan laporan berdasarkan maklumat daripada sumber tanpa nama.

Beliau mendakwa bahawa selepas bulan pertamanya yang dianggap berjaya sebagai presiden, semakin banyak “buku dan cerita palsu” diterbitkan.

Trump menegaskan bahawa pada suatu ketika, beliau akan menyaman penulis serta penerbit bagi membuktikan kewujudan sebenar sumber-sumber tersebut.

Menurutnya, sebahagian besar sumber itu sebenarnya tidak wujud.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM