WASHINGTON, 30 Oktober - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengarahkan Jabatan Perang segera memulakan ujian senjata nuklear.
Arahan itu dikeluarkan selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan kejayaan Moscow melakukan ujian dron nuklear bawah air pada Rabu.
"Oleh kerana negara-negara lain menguji program nuklear masing-masing, saya telah mengarahkan Jabatan Perang untuk mula menguji senjata nuklear atas dasar sama rata, " katanya menerusi akaun Truth Social.
Trump juga menyatakan Amerika Syarikat mempunyai lebih banyak senjata nuklear daripada negara lain, memuji usahanya sendiri untuk melakukan "kemas kini lengkap dan pengubahsuaian senjata sedia ada."
Beliau menambah bahawa "Rusia adalah yang kedua, dan China ketiga (tetapi masih jauh), namun akan menjadi (setaraf) dalam tempoh lima tahun."
Trump yang kini berada di Korea Selatan dijadual bertemu Presiden China, Xi Jinping hari ini. - REUTERS