fb fb fb fb fb

Trump anjur pertemuan damai antara Zelensky dan Putin

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pertemuan itu akan disusuli dengan rundingan tiga penjuru melibatkan dirinya. Foto AFP

WASHINGTON, 19 Ogos - Pertemuan damai dua hala antara Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin akan diatur.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pertemuan itu akan disusuli dengan rundingan tiga penjuru melibatkan dirinya.

Cadangan tersebut dimaklumkan selepas Trump menerima kunjungan Zelensky di White House semalam.

“Pada akhir mesyuarat, saya menelefon Presiden Putin dan memulakan pengaturan untuk pertemuan di lokasi yang akan ditentukan antara Presiden Putin dan Presiden Zelensky,” kata Trump selepas menerima kunjungan Zelensky dan pemimpin Eropah di Rumah Putih.

"Selepas mesyuarat itu berlangsung kami akan mengadakan trilateral termasuk saya sendiri,"katanya.-AFP

JALALUDDIN BIN BAHARIN