fb fb fb fb fb

Trak 'terjuntai' dari jambatan selepas kemalangan

FOTO REUTERS

KENTUCKY, 2 Mac- Seorang pemandu trak berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya terlibat kemalangan dan 'terjuntai' dari tepi jambatan di Louisvillei, sini, Amerika Syarikat, semalam.

Kemalangan itu berlaku di Jambatan Memorial Clark antara selatan Indiana dan Louisville, dekat sini.

Wanita yang terperangkap dalam trak berkenaan bagaimanapun berjaya dibawa keluar ke tempat selamat oleh pasukan penyelamat.

Menurut polis, sebelum kejadian, berlaku pelanggaran melibatkan trak tersebut dengan beberapa kenderaan lain sehingga kenderaan berat itu terbabas dan merempuh tembok penghadang jalan. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA