fb fb fb fb fb

Angka kematian kanak-kanak di Gaza akibat kurang zat meningkat kepada 10 orang

FOTO AFP

PALESTIN, 2 Mac- Seramai empat lagi kanak-kanak di Gaza meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi ketika amaran krisis kebuluran di wilayah yang dilanda perang itu meningkat, jelas Kementerian Kesihatan Gaza, semalam.

Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra berkata, kematian terbaharu tersebut berlaku di Hospital Kamal Adwan, utara Gaza.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 10 orang kanak-kanak, setakat ini.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Jens Laerke berkata, krisis kebuluran boleh berlaku sekiranya keadaan masih tidak berubah.

"Apabila kebuluran diisytiharkan, ia sudah terlambat untuk ramai orang," ujarnya semalam.

Khamis lalu, tentera negara penjajah, Israel dilapor telah membunuh lebih 100 penduduk Palestin yang sedang menghampiri konvoi bantuan.

Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang awam yang cuba mendapatkan bekalan makanan.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 30,228 penduduk Gaza kebanyakkan wanita dan kanak-kanak menjadi korban kekejaman Israel sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu. -AFP

SITI AISHAH MD ISA