fb fb fb fb fb

19 cedera di Poland dirempuh kereta pesakit mental

FOTO AFP

SZCZECIN, 2 Mac- Seramai 19 individu termasuk enam kanak-kanak cedera di bandar sini, Poland, selepas dirempuh sebuah kereta yang dinaiki seorang lelaki yang mempunyai masalah sakit mental, semalam.

Timbalan Penguasa Polis, Marek Jaszczan berkata, suspek adalah individu yang telah menjalani rawatan psikiatri sejak empat tahun lalu di sebuah kemudahan kesihatan.

Suspek disahkan warga Poland berusia 33 tahun yang menetap di sini.

Siasatan awal mendapati suspek bebas dadah dan alkohol.

Jaszczan berkata, motif kejadian sedang disiasat, namun menafikan ia mempunyai kaitan dengan tindakan pengganas.

Terdahulu, saksi mendakwa kereta suspek tiba di tempat kejadian dengan laju dan merempuh orang ramai yang menunggu trem.

Ia kemudian merempuh tiga kenderaan lain dan mencederakan pemandunya sebelum ditahan.

Gabenor Wilayah, Adam Rudawski berkata, seramai 15 mangsa dikejarkan ke hospital dengan dua kanak-kanak dilapor kritikal. -AFP

SITI AISHAH MD ISA