fb fb fb fb fb

Sistem kesihatan Gaza semakin terjejas- WHO

Pasukan kesihatan MedGlobal dengan kerjasama UNICEF memeriksa tahap kesihatan kanak-kanak di Rafah, Selatan Gaza/REUTERS

GENEVA, 1 Mac- Penduduk di Gaza terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka untuk mencari makanan, air dan bekalan lain berikutan serangan Israel yang tidak henti-henti, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Sistem kesihatan di Gaza berada paras membimbangkan,” kata jurucakap WHO Christian Lindmeier kepada pemberita di Geneva. "Semua talian hayat di Gaza telah dipotong dan sukar dihubungi."

Lindmeier berkata perkara itu menyebabkan kesukaran di Gaza. Semalam, lebih 100 penduduk terbunuh dalam serangan kejam rejim zionis Israel ketika penduduk Gaza cuba untuk mendapatkan bekalan makanan.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata, tentera Israel menembak rakyat Palestin ketika mereka mendapatkan bantuan.

"Orang ramai sangat terdesak untuk makanan, air atau] apa-apa bekalan yang mereka perlukan untuk menampung kehidupan," kata Lindmeier.

Walaupun bantuan sampai ke bahagian selatan Gaza, ia adalah terlalu lambat untuk mengelakkan krisis kelaparan di sana.

Bantuan hampir tidak sampai ke kawasan utara yang jauh pertempuran yang lebih aktif.

"Bekalan makanan disekat dengan sengaja," kata Lindmeier.

Pegawai Kanan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu satu perempat daripada penduduk Gaza berada pada tahap kebuluran.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI