fb fb fb fb fb

Hospital di Gaza terpaksa guna trak aiskrim simpan jenazah

(FOTO REUTERS)

GAZA, 15 Oktober- Hospital di Gaza bergelut dengan situasi meruncing sehingga tiada ruang untuk menempatkan jenazah berikutan serangan udara tanpa henti siang dan malam oleh tentera zionis.

Kakitangan Hospital Shuhada Aqsa, Abu Ammar Yasir Ali berkongsi keadaan yang menyayat hati dengan mendedahkan bahawa jenazah mangsa serangan terpaksa disimpan dalam trak aiskrim.

"Keadaan sangat teruk, tidak ada ruang di hospital untuk menampung sejumlah besar jenazah.

"Kami kini menggunakan peti sejuk yang sebelum ini digunakan untuk menyimpan makanan. Ini adalah jasad korban yang tidak dikenali, kami pun tidak tahu siapa mereka," katanya.

Kementerian Kesihatan di Gaza memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 2,215 rakyat Palestin terbunuh, manakala 8,714 cedera sejak Sabtu lalu.

Konflik antara Palestin dan Israel bermula pada hari tersebut apabila Hamas memulakan 'Operasi Banjir Al-Aqsa' dengan serangan mengejut pelbagai serampang termasuk pelancaran roket bertubi-tubi serta penyusupan melalui darat, laut dan udara.

Operasi itu sebagai tindakan balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis serta peningkatan keganasan oleh penjajah Israel terhadap rakyat Palestin. -Reuters

rtm

(FOTO REUTERS)

Media Baharu