fb fb fb fb fb

Tragedi sambut Hari Easter ;18 maut, 4 parah trak sarat muatan terbabit kemalangan

MANOKWARI, 14 April -  Di Papua Barat, hasrat 29 individu meraikan Hari Easter bertukar tragedi, selepas trak dinaiki mereka terbabit nahas jalan raya, awal pagi semalam.

Sekurang-kurangnya 18 individu disahkan maut, manakala empat lagi cedera parah.

Trak sarat muatan yang dinaiki mereka dilapor hilang kawalan ketika dalam perjalanan menuruni bukit di Minyambouw.

(29 individu meraikan Hari Easter bertukar tragedi, selepas trak dinaiki mereka terbabit nahas/AFP)

Perkara itu disahkan pegawai penyelamat daerah Manokwari, Muhammad Khairul Basyar.

13 orang maut di lokasi insiden, manakala lima lagi meninggal dunia di hospital.

Tujuh penumpang lain terselamat. 

Kesemua mangsa merupakan pekerja sebuah lombong emas berhampiran Minyambouw dan ahli keluarga mereka.

 

Media Baharu