(Operasi menyelamat dan mengeluarkan haiwan giat dijalankan/ FOTO LAMAN WEB FELDMAN ECOPARK)
KHARKIV, 14 April- Haiwan terakhir dari Ecopark di Kharkiv dipindahkan ke Kiev dan Khmelnytskyi kerana datuk bandar, kota itu berkata pengeboman di kawasan itu telah meningkat dengan ketara.
Video yang dikeluarkan pada hari Rabu oleh Timbalan Datuk Bandar Dnipro, Mykhailo Lysenko menunjukkan dua ekor beruang dalam sangkar dimuatkan dalam sebuah trak sebelum memulakan perjalanan pemindahan itu.
Catatan pada kapsyen video berkenaan memaparkan bahawa misi itu telah tercapai dan semua haiwan dari Kharkiv Ecopark kini telah dibawa keluar.
Terdahulu, kenyataan Feldman Ecopark menyebut, haiwan itu terpaksa dipindahkan kerana ia terletak sangat dekat dengan zon perang dan sentiasa diserang dan dibom oleh tentera Rusia sejak perang bermula.
(Sepanjang minggu lalu, hampir 4,000 orang telah memberikan bantuan untuk pemindahan,
rawatan dan bekalan makanan haiwan Feldman Ecopark/fFOTO LAMAN WE FELDMAN ECOPARK)
Ecopark itu juga memaklumkan ia telah menempatkan semula haiwannya selepas tiga kakitangan terbunuh dalam serangan bom dan berpuluh-puluh yang lain cedera ketika mereka cuba memberi makan kepada haiwan itu. Di samping itu, hampir 100 haiwan terbunuh, ketika cuba melarikan diri, menurut taman itu.
Zoo itu mula mengeluarkan pemangsa besar dari taman itu awal bulan ini selepas tembakan Rusia memusnahkan kandang dan infrastruktur kritikal.
Alexander Feldman, pengasas zoo itu, berkata bahawa hampir 100 haiwannya telah terbunuh dalam perang, termasuk sembilan rusa, dua orang utan dan seekor cimpanzi serta empat rusa terbiar, dua bison, tiga kambing welsh dan sebilangan besar kucing hutan. -REUTERS