fb fb fb fb fb

Tragedi Pesta Halloween, sambungan haram sebuah hotel sebabkan laluan sempit

FOTO REUTERS

SEOUL, 1 November- Sebuah hotel yang terletak di lorong bercerun berlakunya tragedi rempuhan Pesta Halloween di Itaewon dikesan melakukan sambungan secara haram menyebabkan laluan menjadi sempit.

Hotel Hamilton, terletak berhampiran lorong tragedi secara tidak sah menyambung bahagian struktur bangunan seluas 17.2 meter persegi di sebelah utara bangunan utama.

Bahagian sambungan haram itu melibatkan jalan yang dipenuhi bar dan restoran serta bersambung dengan lorong menuruni bukit sepanjang 50 meter.

Laluan menjadi sempit apabila lebar sambungan kira-kira lima meter di bahagian atas dan 3.2 meter di bahagian bawah.

Keadaan itu mengundang risiko bahaya kepada orang ramai yang melalui lokasi tersebut.

Mengulas perkara itu, pihak berkuasa menjelaskan Pejabat Yongsan Ward termasuk Itaewon telah memaklumkan mengenai pelanggaran itu kepada pihak hotel dan denda turut dikenakan tahun lepas.

Pesuruhjaya Agensi Polis Negara, Jeneral Yoon Hee-keun pula memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan meneliti sama ada Hotel Hamilton melanggar undang-undang berkaitan.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu