fb fb fb fb fb

Protes kemenangan Lula, penyokong Bolsonaro tingkatkan bantahan

FOTO REUTERS

GOIAS, 1 November- Penyokong mantan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro meningkatkan bantahan susulan kemenangan kem Lula da Silva dalam pilihan raya Presiden Brazil.

Terbaharu, pemandu lori menghalang jalan raya di 16 negeri bertujuan bagi menjejaskan eksport pertanian pengeluar makanan terkemuka dunia itu.

Di Goias, rakaman dron menunjukkan trak, kereta dan juga traktor menduduki lorong di kedua-dua arah sambil mengibarkan bendera Brazil untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Bolsonaro.

Beliau kalah dalam pilihan raya Ahad lalu namun masih belum mengaku kalah kepada pesaingnya itu.

Keadaan semasa menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak berkait penyerahan kuasa yang teratur dan protes yang semakin merebak ke beberapa tempat lain.

Sekatan terbesar adalah di Santa Catarina, di mana Bolsonaro mempunyai pangkalan sokongan terbesar dan Mato Grosso do Sul, negeri penanaman bijirin dan lembu yang penting penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbesar negara tersebut.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu