fb fb fb fb fb

22 filem bersaing rebut Palme d'Or di Festival Filem Cannes 2025

Foto fail/Reuters

PARIS, 11 Mei - Festival Filem Cannes 2025 bakal menyaksikan sebanyak 22 filem dipertandingkan bagi merebut anugerah tertinggi, Palme d'Or, yang akan berlangsung dari 13 hingga 24 Mei ini di Riviera Perancis.

Presiden juri tahun ini pelakon terkenal Juliette Binoche, akan mengetuai panel hakim yang turut disertai oleh pemenang Oscar Halle Berry dan bintang siri “Succession”, Jeremy Strong.

Antara filem yang dinantikan ialah "The Phoenician Scheme" arahan Wes Anderson, "Die My Love" diarahkan oleh Lynne Ramsay, dan "Eddington" yang dibintangi Joaquin Phoenix.

"Mother and Child" arahan Saeed Roustaee dari Iran turut mencuri perhatian selepas kejayaan filem terdahulu beliau, "Leila's Brothers".

Acara tahunan ini bukan sahaja meraikan pencapaian seni filem antarabangsa, tetapi juga menjadi pentas penting bagi filem-filem yang dijangka memberi impak besar dalam musim anugerah yang akan datang. - AFP

TETITIA YUSOFF