fb fb fb fb fb

Penyamaran adiwira MARVEL, berjaya tumpaskan sindiket edar dadah di Peru

FOTO REUTERS

LIMA, 1 November - Sekumpulan anggota polis di Peru yang memakai kostum adiwira filem MARVEL berjaya menahan sekeluarga dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.

Menurut pegawai operasinya, Kolonel David Villanueva, ia merupakan mekanisme penyamaran yang dilakukan pihaknya bagi menjejak dan mengesan aktiviti di beberapa lokasi sekitar ibu kota Lima.

Ejen yang terlibat telah menyamar sebagai adiwira Spiderman, Captain America, Thor, dan Catwoman memasuki lokasi yang telah dikesan tanpa disedari penduduk.

Pegawai juga berpura-pura menjadi penghibur yang menghadiri pertunjukan di sekolah berhampiran sebelum menyerbu dan menangkap suspek.

Selain mengedar dadah, keluarga berkenaan turut dipercayai terbabit dengan beberapa jenayah lain antaranya pengkomersialan mikro dadah serta rompakan telefon bimbit.

Peru adalah pengeluar daun koka dan kokain kedua terbesar selepas negara jiran Colombia.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu