WASHINGTON, 10 Mei - Presiden Donald Trump pada Sabtu memuji rundingan perdagangan antara Washington dan Beijing yang berlangsung di Geneva, Switzerland, pada hari pertama pertemuan antara pegawai kanan kedua-dua negara.
Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menggambarkan rundingan itu sebagai “sangat baik” dan menekankan bahawa perbincangan tersebut bertujuan meredakan ketegangan perdagangan.
Ia susulan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif tinggi terhadap barangan dari China, yang telah mengundang tindak balas tegas daripada Beijing.
"Rundingan itu sebagai “satu penetapan semula secara menyeluruh yang dirunding secara mesra tetapi membina,” sambil menambah, ia merupakan satu pencapaian kemajuan yang besar. - AFP