Beberapa letupan gegarkan ibu negara Venezuela

CARACAS, 3 Januari – Bunyi pesawat dan letupan didengari di Caracas, ibu negara Venezuela awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bunyi pesawat dan beberapa letupan didengari di sekitar Caracas pada awal pagi.
  • Orang awam melaporkan kepulan asap dilihat di pelbagai lokasi bandar.
  • Laporan gangguan bekalan elektrik dilaporkan di selatan Caracas.
  • Punca dan lokasi tepat letupan belum dapat dipastikan, hanya video tular tersedia.
  • Perkembangan dikaitkan dengan amaran ketenteraan AS dan penempatan aset di Laut Caribbean.

Menurut orang awam, beberapa kepulan asap juga kelihatan di beberapa lokasi selain terdapat laporan bekalan elektrik terputus di selatan Cracas.

Punca dan lokasi tepat gangguan itu belum dapat dipastikan, namun beberapa video yang tular dalam media sosial menunjukkan terdapat letupan berlaku di kawasan berkenaan.

Perkembangan tersebut berkemungkinan dikaitkan dengan amaran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berulang kali berikrar untuk menjalankan operasi ketenteraan darat bagi membenteras kartel dadah di Venezuela.

Malah Trump turut menggesa Presiden Nicolas Maduro untuk lari meninggalkan negara itu.

Amerika ketika ini dilapor sudah menempatkan aset ketenteraan mereka seperti kapal pengangkut pesawat, kapal perang dan jet pejuang di Laut Caribbean.-AFP