fb fb fb fb fb

14 terbunuh dalam serangan militan di Congo

Foto www.crisisgroup.org

BENI, 3 Januari - Sekurang-kurangnya 14 orang maut apabila sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan kumpulan Islamic State (IS) menyerang tiga kampung secara serentak di Republik Demokratik Congo (DRC), menurut tentera dan sumber tempatan pada Jumaat.

Serangan itu dilakukan oleh Allied Democratic Forces (ADF) pada waktu malam, di barat laut Kivu.

Penduduk berkata mereka terdengar tembakan antara pukul 8 malam hingga 10 malam (waktu tempatan).

Tentera DRC mengesahkan dua anggota tentera terbunuh dalam insiden itu.

ADF, yang asalnya terdiri daripada bekas pemberontak Uganda, telah beroperasi di timur laut DRC sejak pertengahan 1990-an dan bertanggungjawab membunuh ribuan orang awam. Sejak 2021, tentera Uganda digerakkan bersama tentera Congo untuk menentang ADF, tetapi operasi bersama itu gagal menghentikan keganasan.

Kumpulan ADF biasanya menyerang penduduk yang tidak bersenjata sebelum berundur ke hutan tebal di kawasan itu sebelum pasukan bantuan tiba. - AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD