CARACAS, 3 Januari – Venezuela isytihar darurat negara susulan letupan yang menggegarkan ibu negaranya awal pagi tadi.
- Venezuela isytihar darurat negara susulan siri letupan menggegarkan ibu negara awal pagi.
- Serangan turut dilaporkan berlaku di negeri Miranda, Aragua dan La Guaira.
- Presiden Nicolas Maduro mengaktifkan pasukan pertahanan selepas pengisytiharan darurat.
- Kenyataan rasmi menolak dakwaan pencerobohan melibatkan tentera Amerika Syarikat.
- Venezuela menuduh serangan bertujuan memudahkan Washington menguasai minyak dan galian.
Negara itu dalam satu kenyataan memaklumkan, serangan turut berlaku di negeri Miranda, Aragua dan La Guaira, sekali gus mendorong Presiden Nicolas Maduro mengisytiharkan darurat negara bagi menggerakkan pasukan pertahanan.
Kenyataan itu juga menolak pencerobohan yang didakwa melibatkan tentera Amerika Syarikat.
Venezuela juga menuduh matlamat serangan itu bertujuan untuk memudahkan Washington menguasai minyak dan galian negara itu
Terdahulu, terdapat beberapa video dan imej tular dalam media sosial, yang memperlihatkan pesawat, letupan dan asap hitam di seluruh ibu negara, bermula kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan.- REUTERS