fb fb fb fb fb

Tragedi pesawat EgyptAir 2016 berpunca daripada rokok di kokpit

(Gambar yang diambil pada 19 Mei 2016, menunjukkan Egyptair Airbus A330
dari Kairo meluncur di bandara Roissy-Charles De Gaulle dekat Paris/AFP)

ROME, 28 April - Nahas pesawat EgyptAir pada 2016 yang mengorbankan 66 orang di Mediterranean berkemungkinan disebabkan oleh kebakaran yang bermula di kokpit, menurut kesimpulan pakar Perancis yang terkandung dalam dokumen yang didedahkan pada hari Rabu.

Menurut dokumen setebal 134 muka surat itu, kebakaran berkemungkinan berpunca daripada gabungan dua faktor iaitu kebocoran daripada topeng oksigen pembantu juruterbang dan pembakaran rokok yang dihisap oleh juruterbang atau pembantu juruterbang.

Penerbangan EgyptAir MS804 tiba-tiba hilang daripada skrin radar pada 19 Mei 2016 dalam perjalanan ke Kaherah dari Paris.

Kesemua yang berada dalam pesawat terbunuh termasuk 40 warga Mesir dan 15 warga Perancis.

(Pesawat EgyptAir jatuh di Laut Mediterania pada Mei 2016 disebabkan pilot merokok di kokpit/AP)

Menteri penerbangan Mesir pada mulanya berkata serangan pengganas lebih berkemungkinan menyebabkan pesawat itu terhempas, bukannya kekurangan penyelenggaraan.

Agensi keselamatan penerbangan Perancis bagaimanapun berkata, pesawat itu menghantar mesej automatik yang menunjukkan asap di dalam kabin dan kerosakan pada unit kawalan penerbangan beberapa minit sebelum terputus hubungan.

Rakaman kotak hitam menyokong hipotesis pakar Perancis, menurut akhbar Itali Il Corriere della Sera.

Mereka berpendapat, kebakaran itu sendiri dimulakan oleh "percikan api atau nyalaan" mungkin disebabkan oleh sebatang rokok.

Dokumen yang didedahkan juga memaklumkan, kedua-dua juruterbang berkata mereka "penat dengan penerbangan malam ini dan kurang tidur". -AFP

Media Baharu