fb fb fb fb fb

H3N8: China rekod jangkitan pertama manusia virus selesema burung

CHINA, 28 April - China mengesahkan kes pertama virus selesema burung H3N8 yang dikesan pada manusia.

Penguasa kesihatan negara itu bagaimanapun menyatakan risiko penularan dalam kalangan manusia adalah rendah.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China menyatakan seorang kanak-kanak lelaki empat tahun, dari wilayah Henan, diuji positif H3N8 setelah dimasukkan ke hospital awal bulan ini kerana demam dan mengalami gejala lain.


(FOTO syot layar AFP)

Bagaimanapun, tiada kontak rapat dijangkiti virus tersebut.

Kanak-kanak itu dipercayai menyentuh ternakan ayam dan burung gagak di rumahnya.

Varian H3N8 sebelum ini telah dikesan pada kuda, anjing, burung dan anjing laut tetapi tiada kes manusia H3N8 telah dilaporkan.

NHC memberi amaran kepada orang awam supaya menjauhkan diri daripada burung yang sakit atau sudah mati dan segera mendapatkan rawatan sekiranya demam atau mengalami gejala pernafasan. - AFP

Media Baharu