fb fb fb fb fb

Tragedi jambatan runtuh, tiga maut 15 dilaporkan hilang

BRAZIL, 29 September - Sekurang-kurangnya 15 hilang dan tiga disahkan maut dalam insiden jambatan runtuh di negeri Amazonas, utara Brazil pada Rabu.

Jabatan Bomba Amazonas memaklumkan pihaknya sedang mencari 15 orang selepas jambatan runtuh di sebuah lebuh raya di bandar Careiro, kira-kira 100 kilometer dari ibu negeri Manaus.

Menurut pihak bomba, 14 lagi cedera dalam runtuhan yang berlaku ketika beberapa kenderaan sedang melintasi jambatan itu.

1(Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan
untuk mencari mangsa yang masih hilang/FOTO REUTERS)

Media tempatan melaporkan beberapa saksi sebagai berkata, jambatan itu mengalami keretakan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas sebelum runtuh.

Akibat runtuhan jambatan itu, penduduk tempatan terpaksa menyeberangi sungai dengan sampan.

Kerajaan negeri setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan. - REUTERS

Media Baharu