fb fb fb fb fb

New Zealand kerah pesawat tambahan, padam kebakaran hutan

Foto REUTERS

WAIMARINO, 9 November- Pihak berkuasa New Zealand pada Ahad mengumumkan penghantaran pesawat tambahan untuk memerangi kebakaran hutan di kawasan taman negara di tengah Pulau Utara negara itu.

Kebakaran liar itu mengakibatkan kira-kira 1,100 hektar kawasan musnah.

Anggota bomba mula berjuang memadamkan kebakaran di Taman Negara Tongariro, kawasan popular untuk aktiviti hiking, sejak petang Sabtu.

Seramai kira-kira 40 pejalan kaki terpaksa dipindahkan melalui udara ke tempat selamat.

Bagaimanapun, usaha memadam kebakaran di udara telah digantung sepanjang malam atas faktor keselamatan.

Jabatan Bomba dan Kecemasan New Zealand pada Ahad memaklumkan bahawa lebih banyak pesawat pemadam api dihantar ke kawasan itu, menjadikan jumlah aset udara kini mencecah 15 buah helikopter dan lima buah kapal terbang.

Jabatan itu menambah, tinjauan udara yang dijalankan pada Ahad akan mengesahkan sejauh mana kebakaran itu telah merebak.

Berdasarkan tinjauan tersebut, operasi pemadaman dijangka memerlukan masa sehari penuh untuk berjaya dikawal sepenuhnya. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM