fb fb fb fb fb

Taufan Super Fung-wong: Lebih 900,000 orang dipindahkan di Filipina

FOTO AFP

MANILA, 9 November - Lebih 900,000 orang telah dipindahkan dari kawasan berisiko di Filipina apabila Taufan Super Fung-wong mula melanda pulau utama Luzon pada Ahad, dengan kerja dan sesi pengajaran digantung di beberapa wilayah, termasuk Metro Manila.

Taufan yang dikenali secara tempatan sebagai Uwan itu diramalkan akan mendarat di wilayah Aurora seawal malam Ahad, walaupun Filipina masih belum pulih sepenuhnya daripada Taufan Kalmaegi, yang telah meragut 224 nyawa di negara itu dan lima lagi di Vietnam.

Menurut pihak berkuasa, dengan angin kencang sekuat 185 kilometer per jam (km/j) dan tiupan sehingga 230 km/j, Fung-wong telah melanda banyak bahagian Luzon dengan hujan lebat.

Tahap amaran tertinggi, kategori lima telah dikeluarkan untuk kawasan tenggara dan tengah, termasuk Catanduanes, Camarines Sur, dan wilayah Aurora, manakala Metro Manila dan wilayah berdekatan berada bawah kategori tiga. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM