fb fb fb fb fb

Lava mula keluar dari gunung berapi Kilauea

FOTO USGS

HAWAII, 9 November - Lava cair dilihat mengalir keluar daripada kawah gunung berapi Kilauea di Hawaii pada Sabtu, menurut rakaman disediakan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS sebelum ini menyatakan bahawa Kilauea dijangka memasuki fasa “letusan tinggi” dalam masa terdekat.

Model ramalan menunjukkan aktiviti gunung berapi itu boleh bermula pada bila-bila masa antara Jumaat hingga Selasa.

Kilauea, yang digambarkan sebagai “salah satu gunung berapi paling aktif di dunia,” telah meletus secara berselang sejak 23 Disember 2024. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM