SICHUAN, 29 September - 13 ekor anak beruang panda yang dilahirkan tahun ini di China diperkenalkan buat pertama kali di Pusat Kajian Chengdu di wilayah Sichuan.
Penampilan sulung haiwan berkenaan dibuat bersempena Hari Kebangsaan China yang akan disambut 1 Oktober ini.
Bayi panda comel berkenaan kemudian diperagakan di pentas, membentuk angka "tujuh" dan "tiga" menandakan ulang tahun ke-73 penubuhan Republik Rakyat China.
Menurut penjaga zoo, 15 anak panda gergasi, termasuk empat pasang anak kembar, dilahirkan di pangkalan pembiakan setakat tahun ini, dengan kelahiran terbesar seberat 218.5 gram.
Ke semua anak panda yang diletakkan di pusat pembiakan berkenaan, membesar dengan sihat.
Anak panda paling berat direkodkan setakat ini ialah kira-kira enam kilogram.
Anak panda berkenaan akan dibenarkan bermain di luar tidak lama lagi dan bertemu dengan pengunjung semula. - REUTERS