fb fb fb fb fb

Serangan peluru berpandu di Iraq, 13 individu terkorban termasuk wanita hamil

(Antara keadaan di Zargwez selepas Iran didakwa
melancarkan serangan merentasi sempadan, semalam/FOTO AFP)

ZARGWEZ, 29 September - Sekurang-kurangnya 13 individu termasuk wanita hamil terkorban di wilayah Kurdistan, Iraq dalam serangan peluru berpandu yang merentasi sempadan serta serangan dron ,semalam.

Kejadian berlaku selepas Iran menuduh kumpulan bersenjata Kurdish yang berpangkalan di situ mendorong gelombang pergolakan di republik Islam.

Mangsa melibatkan wanita Kurdish warga Iran, Mahsa Amini berusia 22 tahun ketika berada dalam tahanan polis moran Iran pada 16 September lalu.

Kematian Mahsa mencetuskan bantahan meluas di negara itu yang menyaksikan puluhan penunjuk perasaan dilaporkan maut hingga kini.

Kor Pengawal Revolusi Islam di Iran mendakwa kumpulan Kurdish yang berpangkalan di Iraq bertindak 'menyerang dan menyusup masuk ke Iran untuk menyemai perasaan tidak selamat, rusuhan serta menyebar luas kekacauan.'

Serangan pada Rabu itu turut mencederakan 58 mangsa dan kebanyakkannya orang awam meliputi kanak-kanak.

(Mahsa Amini, 22, ditahan pihak berkuasa Iran di Tehran pada 13 September
kerana tidak memakai tudung dengan betul dan meninggal dunia tiga hari kemudian.
Kematian Mahsa telah mencetuskan bantahan di seluruh Iran
sehingga menyebabkan berpuluh-puluh individu terbunuh/FOTO AFP)

Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, perkhidmatan membanteras terrorism Kurdistan Iraq berkata lebih 70 serangan dilancar menggunakan peluru berpandu balistik dan dron bersenjata.

Agensi pelarian bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Iraq pula memaklumkan, serangan itu turut menjejaskan penempatan pelarian Iran.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) Iraq berkata melalui Twitter, pelarian Iran ialah antara yang terkorban, malah serangan itu didakwa menjejaskan sebuah sekolah rendah yang dihadiri murid daripada golongan berkenaan. - AFP

Media Baharu