BRAZIL, 9 November – Usaha pembersihan sedang dijalankan di Rio Bonito selepas taufan dengan kelajuan angin mencecah 260 kilometer sejam memusnahkan bandar kecil di selatan Brazil, menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata.
Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan terbunuh, manakala 750 lagi cedera.
Penduduk tempatan, Nereu Sabadini berkata, beliau kehilangan rumah akibat taufan berkenaan.
“Saya pulang ke rumah dan mendapati saya kini tidak lagi mempunyai tempat tinggal, sekurang-kurangnya buat sementara waktu sehingga saya dapat membina semula. Ia akan mengambil masa,” katanya.
Pihak berkuasa negeri Paraná telah mengisytiharkan darurat bagi mempercepatkan usaha bantuan dan pemulihan di kawasan terjejas.- AFP