fb fb fb fb fb

Ulang tahun ke-50, Jepun-China komited perkukuh hubungan

(Duta Besar China Kong Xuanyou bersama bekas perdana menteri Yasuo Fukuda dan
Menteri Luar Yoshimasa Hayashi pada majlis sambutan memperingati ulang tahun
ke-50 normalisasi hubungan diplomatik Jepun-China di Tokyo hari ini/FOTO AFP)

BEIJING, 29 September - Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-50 normalisasi hubungan diplomatik China-Jepun.

Dalam perutusannya, Xi berkata, pemimpin terdahulu bagi kedua negara telah membuat keputusan yang sangat signifikan bagi memperbaharui serta membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala.

Beliau turut memberi komitmen untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, Fumio Kishida untuk membina hubungan China-Jepun yang memenuhi keperluan dan kehendak era baharu.

(Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida (kiri depan) mengalu-alukan bekas menteri sains
dan teknologi China Wan Gang (kanan) 
sebelum majlis resepsi di Rumah Tetamu Negeri
Asakasa di Tokyo pada 27 September lalu 
selepas upacara pengebumian negara bekas
perdana menteri Jepun Shinzo Abe/FOTO AFP)

Kishida dalam pada itu turut memberi jaminan bahawa hubungan Jepun-China akan berpegang kepada pemikiran strategik dan keberanian politik.

Kedua negara akan terus mencipta sejarah baharu demi kestabilan dan keselamatan rantau khususnya dan dunia umumnya.

Sepanjang 50 tahun lalu, Kishida berkata, Jepun dan China telah mencapai pelbagai kemajuan serta bersedia untuk memberi tumpuan kepada 50 tahun akan datang. -AFP

Media Baharu