fb fb fb fb fb

Suspek tembak pengawal kebangsaan didakwa membunuh

Foto REUTERS

WASHINGTON, 3 Disember - Suspek yang dituduh menembak dua anggota Pengawal Kebangsaan di Washington, minggu lalu didakwa secara rasmi pada Selasa atas tuduhan membunuh dan kesalahan lain.

Hakim memerintahkan Rahmanullah Lakanwal ditahan tanpa ikat jamin, dengan menyifatkan insiden itu sebagai keganasan melampau.

Insiden berlaku hanya beberapa blok dari White House, yang mengorbankan seorang anggota dan seorang lagi cedera parah.

Menurut pihak pendakwa, Lakanwal, warganegara Afghanistan, melakukan perjalanan ke AS untuk melaksanakan serangan itu.

Dia ditembak semasa kejadian itu dan masih dirawat di hospital.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN