CARACAS, 3 Disember – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, pada Isnin menegaskan bahawa beliau bersumpah setia sepenuhnya kepada rakyat Venezuela, ketika ketegangan terhadap pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terus meningkat.
Maduro berucap di luar Istana Presiden semasa kerajaan mengadakan perarakan bagi melantik ketua baharu Parti Sosialis PSUV. Beliau ditemani isterinya, Cilia Flores dan Menteri Dalam Negeri, Diosdado Cabello, bersama pegawai kanan lain.
Ketegangan antara Venezuela dan Amerika Syarikat meningkat sejak beberapa bulan lalu, termasuk kes serangan AS terhadap kapal penyeludup dadah dan pengisytiharan Cartel de los Soles, yang menurut AS termasuk Maduro, sebagai organisasi pengganas asing.
Bagaimanapun, Maduro menafikan sebarang aktiviti jenayah.
Majlis Kebangsaan Venezuela pada Isnin menangguhkan sesi luar biasa bagi membincangkan penubuhan jawatankuasa untuk menyiasat serangan kapal tersebut. Pejabat media Majlis berkata sesi itu dijadual semula pada Selasa.-REUTERS