fb fb fb fb fb

Penyanyi rap dilepaskan selepas beri keterangan dakwaan mengasari bekas teman wanita

(Penyanyi rap Perancis, Kaaris/AFP)

Evry, 29 September- Penyanyi rap Perancis, Kaaris dibebaskan lewat Rabu selepas selesai disoal siasat berhubung dakwaan mengasari bekas teman wanitanya, menurut pihak pendakwaan.

Penyiasat di pinggir bandar di sini berkata, soal siasat turut membabitkan wanita itu yang mendakwa dirinya mangsa tindakan kasar penyanyi berkenaan.

Menurut peguam yang mewakili Kaaris, Yassine Maharsi dan Yassine Yakouti, kedua-duanya ditemu bual selama lapan jam bermula petang Rabu.

"Kami turut menyoal pengadu tentang butiran dakwaannya itu,

"Anak guam kami (Kaaris) kelihatan tenang dan berpuas hati," kata peguam berkenaan.

Peguam pengadu, Adrien Gabeaud dan Sema Akman, berkata pihaknya yakin pendakwa raya akan memanggil Kaaris ke mahkamah.

Kaaris sebelum ini pernah berdepan aduan oleh wanita sama pada Julai.

Ini mendorong Kaaris membuat laporan balas dengan mendakwa ia adalah aduan palsu.

Pengadu dalam laporannya mendakwa keganasan itu berlaku selepas Kaaris secara tiba-tiba mula bertindak menjauhkan diri sehingga menyebabkan anak yang didakwa hasil hubungan dengan penyanyi berkenaan.mereka kecewa.

Dakwanya lagi, setelah mengetahui Kaaris berpindah ke rumah baharu, dia pergi menemui Kaaris dan kemudian mendakwa dia ditendang dan ditumbuk lelaki berkrenaan.

Akibat serangan itu, pengadu mendakwa terpaksa menggunakan tongkat dan splin kaki selama dua minggu.

(Gambar yang diambil pada 4 Ogos 2018, Kaaris dibawa oleh seorang pegawai polis ke Mahkamah
di Creteil dua hari selepas dia dan penyanyi rap Booba ditangkap selepas satu pergaduhan di Lapangan Terbang Orly/AFP)



Namun, Kaaris dalam laporan balasnya menyangkal dakwaan itu dan mendakwa pengadu berniat mewujudkan satu bentuk tekanan media, kehakiman dan kewangan ke atasnya.

Kaaris, yang dilahirkan di Ivory Coast mula dikenali menerusi album "Or Noir" yang mendapat sambutan hangat pada 2013.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perselisihannya dengan bekas mentornya Booba telah menjadi berita utama, termasuk pergaduhan pada 2018 di lapangan terbang di Paris.-AFP


Media Baharu