fb fb fb fb fb

Puluhan pekerja kilang pengsan akibat kebocoran bahan kimia

(FOTO HIASAN /AFP)

NEW DELHI, 29 September- Berpuluh-puluh pekerja pengsan dan dimasukkan ke hospital pada Khamis selepas kebocoran bahan kimia di kilang pemprosesan daging India, kata polis, kejadian kedua seumpama itu dalam dua hari.

Polis berkata, pekerja mengadu mengalami masalah pernafasan dan pengsan selepas paip yang membawa ammonia pecah dan memuntahkan asap beracun ke dalam kilang di bandar utara Aligarh.

“Sekurang-kurangnya 55 pekerja, kebanyakannya wanita, dikejarkan ke hospital selepas kebocoran itu,” kata seorang pegawai polis tempatan kepada AFP. "Kebanyakan pekerja tidak sedarkan diri."

Anggota kecemasan bergegas ke kilang dan sedang berusaha untuk menghentikan gas toksik daripada merebak.

Polis berkata kilang itu telah ditutup buat sementara waktu dan siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

(Anggota polis dan pegawai berdiri di luar Vishva Prem Mills selepas kebocoran gas membunuh
enam orang dan 20 yang lain dimasukkan ke hospital di Surat, kira-kira 270 kilometer dari
Ahmedabad, gambar fail pada 6 Januari 2022/AFP)

Insiden itu berlaku kurang sehari selepas 28 pekerja jatuh sakit, dengan sekurang-kurangnya lima dalam keadaan kritikal, berikutan kebocoran gas ammonia di unit pemprosesan udang di timur negeri Odisha.

Kemalangan kilang adalah perkara biasa di India kerana kekurangan pengawasan kerajaan dan rasuah yang berleluasa.

India mengalami salah satu bencana perindustrian terburuk di dunia pada 1984, apabila beribu-ribu maut selepas kebocoran gas di kilang racun perosak milik syarikat AS Union Carbide. -AFP

Media Baharu