KHAN YOUNIS, 9 November - Israel menyerahkan 15 lagi mayat warga Palestin kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), menjadikan jumlah keseluruhan 300 mayat.
Menurut Ketua Jawatankuasa Kementerian Kesihatan yang mengurus penerimaan mayat tahanan Palestin, Dr Ahmed Dhair, pemeriksaan awal mendapati mayat-mayat itu mengalami pelbagai kecederaan akibat tembakan dan letupan, termasuk luka peluru, serpihan, lebam serta patah anggota badan.
"Kecederaan tersebut menunjukkan mereka cedera akibat tembakan dan letupan bahan letupan," katanya.
Bawah perjanjian tersebut, Israel perlu menyerahkan 15 mayat warga Palestin sebagai timbal balas pertukaran bagi setiap satu mayat warga Israel.