fb fb fb fb fb

Sekurang-kurangnya 19 orang maut keracunan arak

(FOTO HIASAN)

RABAT, 29 September- Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan berpuluh-puluh lagi dimasukkan ke hospital akibat keracunan arak yang didapati dari kiosk tepi jalan di utara Maghribi lapor media tempatan pada Rabu.

Susulan insiden itu, polis menahan seorang suspek berusia 48 tahun, menurut Ketua Direktorat Keselamatan Nasional dalam satu kenyataan.

Media melaporkan, mangsa dipercayai meminum arak beracun itu di kedai suspek di mana penyiasat kemudian menemui hampir 50 liter cecair berkenaan.

Undang-undang di Maghribi melarang penjualan arak kepada umat Islam, namun minuman itu boleh didapati dengan mudah di bar, restoran dan kedai yang menjualnya secara sorok-sorok.

Pegawai Kementerian Kesihatan memberitahu pemberita, sembilan mangsa terkorban dibawa ke hospital sebelum jumlah mangsa maut meningkat kepada 19 orangsetakat semalam.

Kira-kira 30 orang dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, dengan dua masih berada di unit rawatan rapi. Seorang jururawat memaklumkan, mangsa mengalami gejala sakit kepala, muntah dan kejang perut. - AFP

(FOTO HIASAN)

Media Baharu