fb fb fb fb fb

Tragedi jambatan roboh di India 10 individu didakwa tuduhan membunuh

AHMEDABAD, 28 Januari - Seramai 10 individu didakwa di Gujarat India atas kesalahan membunuh berhubung kejadian jambatan pejalan kaki yang runtuh tahun lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 135 nyawa.

Polis negeri turut mengeluarkan waran tangkap untuk ketua syarikat yang menguruskan jambatan itu dan menamakan dia sebagai tertuduh utama dalam kertas pertuduhan yang difailkan di mahkamah Morbi.

Jambatan gantung berusia 145 tahun di bandar Morbi itu penuh sesak dengan pengunjung apabila ia runtuh pada 30 Oktober lalu.

Ia menyebabkan ratusan individu jatuh ke dalam sungai Machchhu.

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak yang lemas.

(Lebih 130 orang disahkan meninggal dunia dalam tragedi jambatan pejalan kaki runtuh pada tahun lalu/FOTO REUTERS)

Jaysukh Patel, pengarah urusan Kumpulan Oreva, yang terkenal dengan pembuatan jam dan produk elektrik, melarikan diri dan waran dikeluarkan untuknya minggu lalu bagi menghalangnya daripada meninggalkan negara.

Selain Patel, kertas pertuduhan setebal lebih 1,200 muka surat itu menamakan dua pengurus Kumpulan Oreva, dua kerani tiket, tiga pengawal keselamatan dan dua orang daripada firma yang dikontrak oleh Oreva untuk membaiki jambatan itu. - REUTERS

Media Baharu